Monday, June 3

25 things


1. ia menakjubkan bila dapat melihat empat pengguna jalan iaitu kereta, pejalan kaki, tram dan penunggang basikal boleh berkongsi 2 lane di jalan raya. bukan sahaja semua actually slow down dan berhenti ketika lampu kuning, lebih menakjubkan bila locals rely on trams untuk pergi kerja. ya, nampaknya saya compare situasi ini dengan insan yang berebut empat lane di jalan raya Kuala Lumpur, ketidak cekapan komuter KTM dan press-minyak-kuat-kuat-bila-kuning di Malaysia. ouch, terasa.

2. saya belum pernah nampak motor kapcai di Melbourne. kenderaan dua tayar cumalah basikal dan motor besar berkuasa besar. tempat memakir disediakan untuk basikal dan kereta dan lori dan van dan seangkatanya. motor besar memakir dengan gah di atas pedestrian walk, selalunya sebelah tiang lampu.

3. saya hentikan keinginan berbelanja saya di malls dan kedai-kedai makan untuk memberi laluan pada trips dan tours. perlakuan drastik ini amat payah untuk tempuhi, tapi saya percaya saya masih boleh berbelanja di Malaysia. jauh di sudut hati, saya harap Allah ampuni saya kerana memasang niat sebegini.

4. harga cappuccino Starbucks dalam tumbler saya sama harga dengan regular cappuccino dari cafe faculty. saya pilih Starbucks.

5. saya terlepas konsert Jason Mraz di awal ketibaan saya, 25 March 2013. kelas telah pun bermula dua minggu, tapi saya rasa rugi tak pegi. ada insan nak jual tiket bagus dengan harga murah, dan saya hampir nak beli. tapi insan lain lebih membuat keputusan dari saya, dan saya kecewa. terduduk saya di cafe faculty, tapi saya ikhlaskan hati untuk redha.

6. apartment saya tengah-tengah bandar Melbourne. bangunan sebelah kiri apartment saya ialah Melbourne Central, a combination of KLCC dan KL Sentral di Malaysia. depan apartment saya ialah Victoria State Library. Starbucks dan SushiSushi? di bangunan sebelah kanan apartment saya.

7. memandangkan Melbourne Central cuma sekangkang kera, pub dan club juga sekangkang kera. saya taknak keluar rumah pada jumaat malam dan sabtu malam sebab mereka lelaki dan perempuan hang around mabuk-mabuk. segala nyanyian sumbang dan botol-botol pecah juga kedengaran sekitar jam 12 hingga 3 pagi. pernah juga saya beranikan diri untuk keluar dan berjalan-jalan sehingga jam 9 malam, dan suasananya tidaklah seburuk yang disangka.

8. di kesejukan musim autumn, saya insan paling bahagia melihat daun-daun berguguran di taman. musim kegemaran. saya bersyukur.

9. selepas 3 ke 4 jam di depan laptop menghadap assignment, saya bersiap, turun bawah menjamah fries panas-panas di Lord of the Fries, atau kemanisan crepe di Harajuku Crepe, atau pancake and ice-cream di The Pancake Parlour, patah balik ke assignment dan teruskan kerja. student life in the city amat manis.

10. menarik bila dapat share first-hand experience mengenai different language dan kinds of assessment bersama the locals,  China Chinese, Irish, Spanish, Koreans, Canada. luas pengalaman.

11. selepas berbual dengan ayahanda, baru saya perasan saya tapenah berkaki ayam di dalam rumah sejak tiba di February. kaki saya berstokin sentiasa.

12. ayahanda. hmm. "aisya, do you enjoy yourself there?" ayahanda memandang saya di Skype dengan penuh ikhlas, dan saya tahu jawapan yang dicari bukanlah merujuk pada study saya semata. dia mencari jawapan yang reflect perasaan dia bila dia study di UK sebelum dan selepas kahwin dengan ibu. dan perasaan itulah yang disampaikan dari hati. ya, saya in love dengan Melbourne. study dan city.

13. tiga kelas dalam semester pertama; Alan panggil saya Siti, Margaret panggil saya Hajar, Lynda panggil saya Aisyah. i feel blessed.

14. saya belajar memasak dari internet. pasta dan macaroni semuanya. nasi goreng tak reti buat.

15. jika saya pulang ke Malaysia, saya tidak tahu rumah mana yg pertama yg saya akan singgah. saya masih belum susun jawapan jika saya ditanya "So, best tak Australia?"

16. mission dan janji dengan afiqah sudah half-way through. hajar bagus.

17. belum jumpa makanan sepinggan murah-murah. beruntung jika dapat cari kedai yang menjual makanan 8 dollars. semua makanan di kedai, termasuklah nasi sepinggan bersama 2 lauk beranggaran 11 - 15 dollars. belum air minuman dalam 4 dollars.

18. ada sesuatu tentang small space in high-rise building bersama tersayang yang buat saya suka tentang tinggal di apartment. saya tak tau apa perasaan itu sebenarnya, tapi saya dapat merasa perasaan itu. no, saya masih belum kahwin haha.

19. pertama kali pegi gig dan masuk pub suatu malam. terasa berdosa. tapi niat saya untuk enjoy the music, maka itulah yang saya buat. walaupun matsaleh hensem beramah mesra dan berbual dengan saya tidak termasuk dalam list, cuma itu sahaja perkara extra yang saya buat.

20. benar terasa nikmat pahala bila menatap wajah ibu. biarpun sekejap berjumpa di Adelaide, biarpun gambar pecah-pecah bila ber-Skype.

21. angan-angan untuk menetap dan berkeluarga di sini masih belum berganjak. tapi ayahanda pasti merasakan impian itu merepek.

22. saya tidak ramah. tapi housemates saya superb. marvelous. mereka oke jika saya tidak berbual dengan mereka, atau jika saya moody di pagi hari. tidak seperti di Malaysia dimana ... em abaikan mereka. mari.

23. dua perkara yang saya belanja lebih seratus dollars adalah handbag Guess dan autumn/winter coat idaman. tidak seperti kebanyakkan barang-barang lain, dua perkara ini saya tidak bercadang untuk jual kepada juniors bila saya pulang ke Malaysia.

24. saya was-was bila ramai mengatakan 'Melbourne is a safe city. You'll enjoy yourself there'. obvious yang saya membayangkan bandar-bandar besar yang terdapat di Malaysia. ketahuilah yang sudah empat bulan di sini, dan saya masih belum dengar pekikkan 'tolong' di city atau kereta berlanggaran di jalan raya atau tram tergelek pejalan kaki atau cerita kes-kes ragut dari seniors yang tinggal lebih enam tahun di sini. tidak dinafikan bahawa Melbourne dan Australia adalah tempat yang selamat seperti yang diceritakan semua. namun tidak seperti di Malaysia, saya mengikuti local news Aussie dan ternyata mereka lebih mengetahui kawasan sunyi di luar city yang dikenali 'suburbs'. tidaklah sekerap kes-kes di Malaysia, tapi ia menakutkan saya.

25. why 25? because 25 cantik dan is a favourite number.


Sunday, June 2

it has truly been a pleasure

Alan

Margaret

Lynda
  


thank you. it was such a wonderful and insightful semester.

Monday, April 29

take me back into your arms

March babies in Melbourne
bonda in Adelaide

father always knows our favourite chocolate. 

adinda knows her kakak's favourite Choc Indulgence. 

sweet wishes from Ara and Bais. 


and I flew just to see Adelaide and bonda. 

one of the most beautiful rewards just by seeing her face. 

"dah, dah Aisya" she smiled. 

"ibu tau Aisya sayang ibu. Ibu pun sayang Aisya. We all love you."


Oh Allah, rindu is such a strong word. 

but I do. 

Sunday, April 28

my Melbourne


 





 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
They say "a picture is worth a thousand word".  
I'd say that each has more. 

Tuesday, February 12



Jom.

Saturday, February 9

rindu gelagat mereka masa mengajar dalam kelas

Batch ke-4

Monday, February 4

reminder, reminder.