Thursday, April 17

Telah Dia janjikan bahawa tidak berubah nasib seseorang itu melainkan jika dia berusaha untuk dapatkannya.

Dan hasil yang diberikan Allah dari usaha itu, itulah yang terbaik. Misi seterusnya adalah making full use of the hasil untuk membawa kita ke arah redha Allah pada hari akhirat.

Takutnya pada hari akhirat. Allah akan tanya apa yang tangan telah buat semasa dia berusaha di dunia. Ke mana kaki da berjalan. Apa yang mata telah tengok.

Allah bagi sempurna tangan, kaki, mata dan hati. Apa yang dia dah buat dengan nikmat itu? Belum lagi sentuh nikmat duit, adakah telah digunakan dengan halal dan bersedekah. Belum lagi sentuh nikmat anak, adakah telah dididik siapa Allah dan Muhammad. Belum lagi sentuh nikmat pendidikan, adakah telah dimanfaatkan ilmu dan mengajak manusia mencari rahmat Allah.

Banyak lagi kan nikmat yang Allah bagi. Banyak alhamdulillah yang kita sebut. Tapi kita belum mampu menguruskan nikmat dan rezeki ini dengan sempurna.

Diturunkan dari syurga, kita nak pulang ke syurga semula. Kita tak perfect; amal kita takkan pernah cukup untuk melayakkan kita masuk syurga Allah. Maka, niat dengan baik. Usahakan dengan baik. Tawakkal dengan baik. Hanya dengan redha Dia membolehkan kita pulang ke situ.

0 words found: