Sunday, May 25
niat
"Demi Allah, tiada siapa ku dengar menyebut-nyebut wafatnya Rasulullah, melainkan ku pancung kepalanya dengan pedang ku ini!"
Sungguh Umar al-Khattab begitu marah apabila tersebar khabar bahawa Rasul Allah telah menemui ajal dan wafat. Begitu besar cintanya pada Kekasih Allah, hingga mahu memancungkan sesiapa yang membawa berita itu. Dan apabila khabar tersebut disahkan sendiri oleh Abu Bakar as-Siddiq, perasaan kebingungan dan sedih yang amat menyelubungi dia dan para sahabat. Umat Islam jadi kucar; ramai yang keluar dari Islam, ada yang mengaku sebagai nabi. Namun, Abu Bakar mengawal situasi, mententeramkan keadaan itu dengan nasihat yang begitu indah:
"Wahai manusia, sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, kini Muhammad telah mati. Dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup. Baginda tidak lain, hanyalah seorang Rasul, seorang manusia, dan berlalu sebelumnya rasul-rasul. Adakah apabila beliau mati atau dibunuh maka kamu berpaling dari ajarannya dan murtad? Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang berpaling murtad sedikit pun tidak memberi mudarat pada Allah, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur (ali-Imran, 144)."
So reflect how you got here, and ask why you choose to stay. Perbetulkan dan perbaharui niat itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 words found:
Post a Comment